Monday, 29 April 2013

Projek Taman Rekreasi Bukit Lugam



Taman ini terletak berhampiran dengan sekolah tingkatan enam atas ( PTE Katok) dan ianya baru dalam perancangan untuk dijadikan taman rekreasi.





Permulaan jalan masuk (jungke trek)















































Bermulanya jalan turun bukit.


Menuruni bukit


Jalan menuruni bukit


Menuruni bukit untuk sampai ke simpang dua


Di sini bermula 2 persimpangan, jika mengambil jalan kanan akan bermula dari Wasai Titian Akar/Nudin dan sekiranya mengambil jalan kanan akan bermula dari Wasai Mandian. Untuk pengunjung yang baru mencuba dan ingin mengambil trek yang mudah, boleh lah mengambil trek melalui 5 wasai iaitu, Wasai Titian Akar, Wasai Balik Kanajong, Wasai Marak Berapi, Wasai Buang Tengkurok & Wasai Mandian. (Trek Clock-Wise)

Jika teringin untuk mengambil trek yang sederhana jauh, pengunjung boleh lah mengambil trek dari Wasai Titian Akar, Wasai Balik Kanajong, Wasai Marak Berapi, Wasai Bedasur, Wasai Betangga 1-3, Wasai Buang Tengkurok & Wasai Mandian. ( Trek Clock-Wise)

Trek yang Paling Mencabar adalah trek ke Wasai Babuhun, jika berjalan akan memakan masa 2 jam-3 jam.

Di sini juga bermulanya jalan untuk mendaki bukit untuk keluar dari taman.


Jalan menuruni ke Wasai Titian Akar




Wasai-wasai yang terdapat di Taman Rekreasi Bukit Lugam




Wasai Titian Akar/Nudin




Wasai Balik Kanajong




Wasai Marak Berapi




Wasai Marak Berapi (Tengah)



Wasai Marak Berapi (Atas)




Wasai Buang Tengkurok




Wasai Mandian (Atas)




Wasai Mandian (Tingkat Bawah)




Wasai Betingkat




Wasai Betingkat




Wasai Bedasur




Wasai Betingkat





Wasai Suak Kapau




Sungai Wasai Dinding



Sedikit Kisah Yang Di ambil dari Hj Aji Abdullah



Ada kisah dulu-dulu di Wasai Imbaan Lugam/Sugui sekitar tahun 1890, tempat ini bukan tempat yang aman disebabkan oleh seorang penyamun yang bernama Liau Tambi dan pengikut-pengikutnya berasal dari Jerudung. Kerjanya suka sangat menyakat di jalan pelaluan orang. Liau Tambi adalah seorang yang bengis dan kejam, dia akan merompak dan membunuh mangsa yang lalu. Memang banyak yang menjadi mangsa kekejamannya. Ini menyebabkan kawasan Imbaan Lugam sangat tidak aman ketika itu sehinggalah Liau Tambi menemui ajal.

Penduduk sekitar kawasan sini dan Jerudung mungkin sangat berterima kasih kepada seorang sosok yg bernama Hj Osman yang berasal dari kg Lambidan, Sabah. Kematian Liau Tambi bukanlah sesuatu yang dirancang. Pada satu hari Hj Osman dalam perjalanan ke Kg Penanjung untuk bedudun melawat saudaranya yang berada di sana. Dalam perjalanan yang melelahkan, dia pun berhenti di kawasan Kuala Sungai Pungit dan memasak nasi kerana sudah terasa lapar. Untuk dijadikan kisah, Liau Tambi pun datang bersama pengikut-pengikutnya. Mungkin ketika itu dia cuba merompak di pelaluan tepi pantai. Liau Tambi pun cuba membuat kacau dengan lagak samseng. Setelah berdialog dengan Hj Osman, Liau Tambi pun menggiling-gilingkan kayu tempat meletakkan periuk sehingga nasi yang baru dimasak tumpah (jatuh). Hj Osman memberitahu Liau Tambi, dia orang baik dan tidak mahu berkelahi. Sejurus kemudian, Liau Tambi pun menetak-netak tubuh Hj Osman tetapi disebabkan ilmu silatnya yang tinggi, semua tetakannya dapat di tangkis. Hj Osman hanya menggunakan sekaki payung sebagai senjatanya. Mungkin hilang sabar, Hj Osman menikam hujung payungya ke bahagian ketiak Liau Tambi sehingga masuk. Akibat tusukkan itu, Liau Tambi pun menemui ajal dan pengikut-pengikutnya pun menyerah dan bertaubat. Setelah kematian Liau Tambi, penduduk yg ketakutan pun berasa lega, dan kawasan Imbaan Lugam pun menjadi aman hingga ke hari ini...

sekian cerita yg ku dpt dri bapa tadi petang....



Credit to Hj Aji Abdullah



Sedikit gambar ketika berada di Taman Rekreasi Bukit Lugam



























No comments:

Post a Comment