13 Jun 2013, Khamis, seramai 35 orang termasuk penuntut dan guru-guru mengikuti cabaran jungle trekking di Taman Rekreasi Bukit lugam, Kg Katok. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Trek yang di gunakan ialah trek menuju ke Wasai Suak Kapau, bermula dari Wasai Titian Akar, Wasai Balik Kanajong, Wasai Marak Berapi, Wasai Buang Tengkurok, Wasai Suak Kapau dan Wasai Betangga. Alhamdulillah, dengan semangat yang kental yang dimiliki oleh penuntut dan guru-guru, semua yang terlibat menghabiskan kesemua wasai walaupun bermacam-macam keluhan kerana terpaksa mengharungi trek yang basah dan licin sehingga ada yang jatuh tergelincir, jatuh terduduk, titian patah tetapi hati tetap kuat dan semangat.. Syabas!
|
ketika berada di Wasai Titian Akar |
|
Bergambar ramai di Wasai Balik Kanajong |
|
Bergambar Ramai di Wasai Buang Tengkurok |
|
Wasai Betangga |
sudi-sudilah tinggalkan komen..ehehehe
ReplyDelete