Friday, 14 June 2013

Jungle Trekking Dari CP3

Berita baik untuk penggemar hiking dan jungle trekking. Trek laluan ke kanan dari CP3 mungkin belum banyak diketahui oleh penggemar-penggemar hiking & jungle trekking di Kawasan Bukit Lugam. Apabila kita menuruni bukit hingga sampai ke CP2 dan belok ke kanan akan bertemu dengan CP3 yang mempunyai 2 persimpangan, jika jalan lurusakan bertemu dengan wasai mandian dan jika belok ke kanan kita akan ada kelebihan mengeluarkan peluh. Tetapi harus diingat, di sana akan ada 2 persimpangan. Jalan lurus akan membawa kita keluar dari kawasan dan jalan ke kiri menyeberangi sungai dengan titian sebatang kayu akan membawa ke tempat yang di tuju.








Jalan lurus akan membawa ke wasai mandian atau CP4

Simpang ke kanan






















Di sini akan ada 2 persimpangan, titian dan jalan ke kanan































selepas medaki bukit akan ada 2 persimpangan lagi, ke kiri akan menuju wasai mandian dan ke kanan akan menuju wasai suak kapau






















Di sini lah letaknya CP4








No comments:

Post a Comment