Taman Bukit Lugam yang dulunya dikenali dengan panggilan rimba lugam adalah salah satu tempat yang menarik perhatian sebahagian orang luar negeri. Mungkin disebabkan kawasan ini lebih dekat dengan kawasan bandar dan senang dikunjungi. Hutan yang sedikit ini mempunyai banyak keunikan yang tersendiri. Kawasan ini pernah jadi laluan utama untuk pergi ke kampung-kampung seperti Kg Jangsak, Kg Beribi, Kg Selayun, Kg Tanjung Bunut, Kg Kilanas dan kawasan sekitarnya. Antara yang terdapat di kawasan ini adalah seperti sungai, wasai, herba, pucuk-pucuk untuk dijadikan sayur dan sebagainya.
Trek menuju ke Wasai Babuhun memakan masa satu jam lebih dengan berjalan kaki (jungle trekking) dan mungkin lebih cepat jika ber 'jogging'. Tapi diingatkan kepada pengunjung, kasut hendaklah bersesuaian kerana jalan trek yg sedikit curam.
Bagaimana hendak pergi kesana?
Seperti di Taman Rekreasi Bukit Lugam, Jalan masuk menuju ke Wasai Babuhun juga melalui trek yang ada di Taman Rekreasi Bukit Lugam. Trek Wasai Babuhun bermula selepas Wasai Buang Tengkurok dengan permulaan yang mencabar. Di sini ada sedikit gambar-gambar ketika kami berkunjung ke Wasai ini.
p/s : diingatkan untuk membawa minuman lebih jika ingin mencuba trek ke wasai babuhun. Harus kuat mental dan fizikal.
No comments:
Post a Comment